
|
Bonjour Fellas! ![]() ![]() ![]() “Don't cry because it's over, smile because it happened.” ici nous allons
| Lurve is Blind , Blind is ME..Feed ( 3 )
First Day -Conteng Baju Sekolah -Daki Tangki Air,Kelah dalam Dusun n Photographing Satu Sekolah Conteng-conteng Baju “Kawan-kawan,disini aku,Mok dan Baq ingin meminta jasa baik hampa suma untuk jatuhkan signature korang yang santek tu dekat kami punya baju ni.Segala kekreatifan diterima.Buat cantek-cantek ek masuk fb nanti..hehe” Dari Dorm A sampailah Dorm C kami mengusung baju-baju itu untuk di conteng oleh semua rakan-rakan seperjuangan yang sudah 5 tahun bersama. “Settle first things.Now,ready guys?Makanan-makanan untuk picnic satgi dah sedia Mok?Jom kita bertolak untuk daki tangki air then terjah dusun”. Dengan gaya ala-ala Kapten Jack Sparrow aku memastikan semuanya berjalan dengan lancar. “Ok,siap Kapten”. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Tangki Air “Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,teruja abes ni.Tak sangka la,cantik juga pemandangan sekolah kita kalau lihat dari atas ni ek”. Baq meluahkan keterujaannya sambil mengsnap beberapa puluh keping gambar untuk dibuat kenang-kenangan.Bajet macam sekolah ni nak tutp dah , oi mulut jangan masin , jadi sungguh kang .. Na'uzubillah , simpang2... “Yaah la Bat.Nasib baik aku setuju dengan rancangan hang.Kalau tak terlepas la aku nak lihat kekuasaan Allah yang satu ni.Cantik gila.”, Mok juga kelihatan teruja yang amat.Haa , baru dia tau . “Hehehe..well well.Tengoklah otak geliga mana yang keluarkan idea ni,kalau tak bukan otak cap pancer(pandai + cerdik) Azkiya’ Batrisya ni.Dah la,jom turun nak pi dusun pula ni,perut aku dah menyanyi lagu Bon Jovi dah ni”. Kami berlalu turun dengan berhati-hati takut tersilap langkah jatuh nanti abeh cita.Cek tak kawen lagi la,sabaq sat. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Dusun Aku menghampar tikar yang dibawa lalu Mok dan Baq menyusun makanan yang ditapau sebelum bertolak tadi.Sempat kami tapau Nasi Goreng Tom Yam di gerai Mak Nah pagi tadi.’Hmmm,sedapnya bau nasi ni’,aku mengomel sedirian.Sambil makan kami bergurau senda mengimbas kembali cerita-cerita lampau kami yang tak lapuk dek SUN,tak lekang dek RAIN.Tiba-tiba kami terdengar bunyi yang kurang menyenangkan. “Hampa dengaq tak apa yang aku dengaq..?” Baq menyoal dengan muka yang cemas. “Tunggu apa lagi.Jom cabut.Babi hutan tuuuuuuuuu…Aaaaaaaaaaaaaaaaaa….” Kami segera mengemas apa yang patut lalu lari dengan sepantas-pantasnya agar tidak dapat dikejar oleh babi hutan yang sudah lama menetap didalam dusun itu. “Breath in Breath out…hahuhahuhau..Oxygen mana hang pergi.I need u.” Termengah-mengah Mok mendapatkan oxygen untuk membayar oxygen debt yang telah digunakan. “HAHAHA…lawak r tak sangka makhluk tu nak muncul” Aku ketawa tak henti-henti.Betol-betol tak sangka !Pengalaman yang cukup mendebarkan . “Tobat tak masuk dah pasni!” Bagaikan berjanji Baq dan Mok mengangkat tangan mengikrar janji. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Photographing Klik.Klik.Klik. Kamera Nikon DLSR dipetik merakam sejuta kenangan untuk diabadikan seabad lagi.All about triple frends. “Woit,posing kalah Amber Chia.Cayalahhh..haha..” Mok memuji , eh kejap puji ke kutuk huh ? lebih kearah gayanya mengutuk aku yang posing ala-ala model terkemuka itu. “Whatever.Janji gambar aku cantek..haha”. Kami pulang ke Astana Putri terchenta setelah seharian berpenat lelah merealisasikan idea GILA yang dirancang.Penat bangat. Second Day -Berswimming Pool -Sesi bermaaf-maafan Berswimming Pool “Cuci jangan tak cuci,tonyoh jangan tak tonyoh,gosok jangan tak gosok,selagi tak bersih selagi tu tak boleh mandi” Mulutku tak berenti berceloteh untuk menghilangkan penat membersihkan kolah. “Hah siap pun , akhirnya kita boley mandi ,” Mok bersuara setelah 30 minit bertungkus-lumus membersihkan kolah asrama. “Jom pergi makan dulu sementara nak tunggu air penuh kolah ni.Kalau tunggu mau kebulur kita kat sini.Dua jam gi kot baru nak penuh” Aku memberi cadangan agar kami mengorak langkah ke dewan makan untuk melahap apa yang disediakan. 2 jam kemudian. “Baq,Mok penuh dah.Cepat-cepat tak sabaq dah ni nak terjun” Aku berlari mendapat tuala dan juga snek-snek untuk dimakan. “Sejuk…uuuuuoo..bestnya”, Dengan gaya Khoo Cai Lin ,jaguh perenang wanita Malaysia , Baq terjun kedalam kolah. “Weiiii tak aci r tak tuggu aku.Sampai hati hampa,jangan harap dapat merasa makanan yang aku bawak ni” Akibat terlalu taksub,kami terlupa akan kewujudan Mok yang pergi ambil makanan sebentar tadi. “Ala busuk-busuk jangan la merajuk.Otak jem,lpa abes.Ni suma pasal terlalu over perah otak time jawab SPM ritu la ni.Sory nah” Aku memujuk Mok sambil menyanyi lagu ‘Sorry Sorry’ untuknya. “Yalah Mok.Maap maap”. “Ok la.Maaf diterima.Jom teruskan mandi-manda”,Mok terus menerpa kolah.Gaya macam dah bertahun tak jumpa air.Mok,Mok,kawan sapa la tu….. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Sesi bermaaf-maafan Tok.Tok.Tok. “Assalamualaikum” Dengan gaya upin ipin kami bertiga memberi salam dihadapan rumah Pak Syam,ketua warden yang berwibawa. “Hah kamu,kamu,kamu ada apa pagi-pagi dah mai rumah ustaz ne?Selalu ka ustaz pergi kejut subuh bukan main liat nak bangun.Pelik,Pelik”. “Hehehe ustaz minta maaf la ganggu di pagi yang indah ni.Kami datang ni nak…….” “Eh ustaz,kalau ye pon ajak la kami masuk rumah dulu,jamu air ka takpun jamu ja nasi lemak seorang sebungkus,confirm makan,hehe”, Aku tidak jadi meneruskan kata-kata apabila Baq menyampuk , muka abes tak malu la budak Baq sorang ni.Tapi tak pa untung-untung murah rezeki hari ni. “Ya la ustaz.Takkan sembang depan pintu ja kot”, Seloroh Mok menambah perisa. “Pandai la kamu semua.Mai la jemput masuk.Memang langkah kanan la kamu,hari ni umi ada buat nasi lemak.Boleh la merasa sorang sikit”. “Memang pandai ustaz.Terima kasih puji”,dengan bangga Mok membalas. Selepas pekena nasi lemak dan teh tarik khaw,kami menceritakan hajat sebenar kami datang pagi tu.Sedar tak sedar dah dua jam kami menbazirkan masa di rumah ustaz.Lalu kami meminta izin untuk pulang kerana masih banyak rumah cikgu-cikgu yang hendak pergi.Kenyang gila!.Akhirya selesai sudah sesi bermaaf-maafan dengan guru-guru yang sudah banyak berjasa pada kami.Thanks a lot teacher..! On the way nak balik asrama kami terserempak dengan sekumpulan budak lelaki yang sakan bergelak ketawa menuju ke arah kawasan perumahan guru-guru.’Maybe depa semua nak minta maaf juga kot.Eh,Izwan pun ada la,comei nya dia dengan baju turtle neck tu,aduh sesak nafas aku guni..huhahuhahua’,hati mula mengatal menandakan kegatalan tuannya sudah menjalar hingga ke hati. “Oi,Oi sampai planet mana dah berangan?Zuhal?Takpun Pluto?..hahaha..bat,bat memang dasar kuat berangan..!” Kutuk Mok sambil memakan kacang yang ditapau dari rumah Cg.Saedah. “Mana ada sampai Pluto gi,baru kat Marikh jew….” Aku berjenaka dari terus ditertawa. “Eh,sungguh ka hang nak confess ur feeling kat mamat kablu(kayu + blur) tu?Buatnya dia buat tak tau kat hang satgi buat malu ja ” Baq menambah kerisauan yang melanda sejak kemarin lagi. “Ngek la.Sudah tentu r nak.Alah,dia tak mau terima tu dia punya pasai la,janji aku dah luah apa yang aku rasa.Lepas ni pun bukannya aku jumpa dia dah.Lantak la” Ini semua gara-gara terpengaryh dengan cita korea dengan jepun.Slumber je budak-budak perempuan sana kalau minat kat seseorang lelaki ni pergi luah kat lelaki yang mereka minat.Bagi mereka,terima atau tidak itu lain kira,yang penting mereka dah confess apa yang mereka rasa.Melalui situlah aku menanam azam untuk confess feeling aku kat mamat kablu tu. Third Day -Confess Feeling “Ehem..ehem…Perhatian kepada Izwan Pilus eh silap Izwan Hareez,sila datang ke balai penerangan(BP) sekarang sebab aku nak jumpa hang” Akibat terlalu gelabah + control habis tungang-langgang ayat.Adus belum jumpa lagi dah gelabah pelik macam mana ni…Ma tulun cek.Dari jauh sudah kelihatan Izwan berjalan penuh gaya menuju ke BP. ‘Dup dap dup dap,woi jantung dok leklok sikit.Ketaq tau ak…ish.’aku berperang dengan jantung yang sakan mengepam darah untuk menghantar oxygen keseluruh tubuh. “Kenapa?” Soal Izwan dengan muka tak beriak.Kalau dah kablu tu kablu jugak la mamat ni. “Eh….er..erk..dak ni se..be..naqnya” Gagap la pulak masa-masa genting ni.Hey,mulut adab sikit,jangan buat malu tuan. “Sebenarnya apa?Cepat sikit,parent aku nak sampai dah ni” kelihatan dia agak tergesa-gesa hendak pergi.Sabaq la sat,biar aku confess dulu baru boleh blah. “Sebenarnya aku dah lama suka dekat hang.Hang suka dekat aku tak?” dengan sekali nafas aku meluahkan segala-galanya.Gilak..!!Malu siot.Muka tebal seinci dah ne..huhuk . .maaa! “Sory aku tak berminat.Friend?” Balas Izwan dengan muka yang masih tak beriak. KEDEBUSHHHH.Hambek kau Bat.Kena reject daaa..Tapi kira ok la mamat ni nak kawan dengan aku.Kiranya aku ni direject secara bermaruah jugak la..hee~ “Oh ok.Friend”,aku turut memberikan kata putus. “Aku pergi dulu eh,parent aku dah sampai.Ni number aku,kalau boring-boring tu contact la aku” Sebelum berlalu pergi dia menyerahkan number telefonnya.Tak dapat tuan,dapat number telefon pun jadilaaaa.. “Weyh apa kes?Dapat…” Baq kalut mendapatkan berita hot dari aku.Sebenarnya aku tak bagi dia ikut tadi,malu kot kalau kena reject depan dia..hehe..Mok pun pi jumpa sorang-sorang. “Dapat…….Dapat kawan..heheh,” Aku tersengeh sunging macam kera busuk. “Laaaa…Kawan je?”. “Ok la tu,dari dia buat tak tau terus dekat aku.Mok amacam?”,aku menukar topik.Malu3. “Entah la,tak balik-balik lagi pon….Hah tudia,tersengih-sengih berita baik r tu”. “Hai kawan-kawan,” Sapa Mok sambil tersengih-sengih tak abes-abes. “Pa cer kawan.Story moly la sini,nak tau jugak” Aku memulakan langkah mengorek rahsia. “Hehehehe..cek malu la” “Toksah nak mengada.Aku hempuk satgi baru tau.Cepat r,tak sabaq-sabaq dah ni”. “Ok,ok…Kimie accept aku.Dia cakap dia pun dah lama terjatuh cintan dengan aku sejak form 1 lagi.Kalau tidak dia pun nak confess tapi aku yang awai sikit dari dia.Hang macam mana Bat?” Dengan malu-malu badak Mok cerita apa yang berlaku. “Aku..?Dapat aih…dapat kawan..hehe…dia reject aku la tapi dia nak berkawan dengan aku.Dia bagi number telefon dia.” “Ok la tu.Mula-mula kawan la,lama-lama ka mesti dia jatuh cinta dengan hang.Mesej r dengan dia”. “Tak mau aku.Biaqla cerita aku dengan dia terkubur kat disini ja.Kat U nanti cari lain la..hehe”,dalam sedih sempat lagi aku menanam azam baru. “Ikot hang la Cik Azkiya’ Batrisya oii”.Sapa tak kenai minah sorang ne . . macam - macam !
|